
Wahai makcik-makcik dan minah-minah sekalian. Sudahkah anda membeli kain untuk dibuat baju kurung sempena Aidilfitri yang akan menjelang lima bulan lagi? Heehee. Dengarlah nasihat saya. Pergi lah beli. Tak lama lagi tailor-tailor dah tak nak ambik order, oi!
Saya dan teman seperjuangan saya, iaitu Imah, telah ke Arab Street semalam untuk bertemu dengan Aladdin. Walaupun nama beliau sebenarnya ialah Latif. Wahaha. Beliau telah melayan kami dengan begitu ramah sekali. Mungkin kerana teman saya si Imah tu adalah regular customer. Sampai mak sedara, anak sedara dan adik beradik sedara Imah semua si Latif tu kenal. Dengan itu, saya juga si Latif tu dah kenal. Dan menjadi members. Lagi-lagi bila kain-kain yang saya padankan pada badan saya semuanya dia kata lawa. Dah tu dia puji pulak saya lawa. Wahaha.

Seronok sungguh berbelanja dengan Imah. Dia memang pandai memuji saya supaya saya terbeli kain-kain itu. Mungkin kerana dia rasa seronok berbelanja, walaupun yang keluar duit adalah saya. Macam tumpang gembira gitu. Tak habis-habis dia menyarankan pada saya kain ini dan kain itu. Semuanya dia kata lawa untuk saya. Ish ish ish. Tapi saya cekalkan hati tak nak beli banyak-banyak. Kerana sebenarnya saya cuma pakai baju kurung untuk Hari Raya dan jemputan kahwin saja. Tak macam dia. Setiap majlis mesti memakai baju baru. Ish ish ish.

Lihatlah kain songket warna coklat ini. Saya terpaksa membelinya gara-gara Siti. Agak-agak kalau kain tu dah siap jadi baju, adakah saya akan cantik seperti Siti? Dah tu saya mesti padankan dengan selendang dan bunga di kepala. Dan juga kasut tinggi warna keemasan. Alamak, tak sabar rasanya nak beraya. Heehee.

Akhirnya, inilah dia semua kain-kain yang akan saya transportkan ke tailor di Johor Bahru. Mudah-mudahan hari cuti esok suami saya akan bersetuju menyemberangi jembatan causeway kerana saya rasa mesti traffic jam. Entah kenapa orang-orang Singapore ni suka masuk JB pada hari-hari cuti dan hari-hari yang bukan cuti. Marilah kita sama-sama berdoa semoga mood suami saya baik ;-)
Dan kepada Imah sayang, terima kasih temankan saya ke Aladdin. Saya tahu awak gembira tengok kain-kain yang berwarna-warni itu. Lain kali saya ajak lagi. Sekian. Harap maklum. Wahaha.
8 Comments:
jeles jeles jeles!I havent even started buying!!!!!!!*waah*
By
mrs malique, at Thursday, May 11, 2006
eh next taim try Royal Fabrics... branch yg opposite Alta Moda tu. Kain cantek cantek tau!!! Aku ni promo bukan ape hopefully nanti taim I beli die kasi diskaun sikit.
hehehe
By
shsuya, at Thursday, May 11, 2006
Nak pakai macam siti??? Keseluruhannya..nak jadi persis Siti lah ni?? wahahahahaha...*ketawa golek2 kat siling*
--MBP
By
MyPeriukBelanga - Is BACK!!, at Thursday, May 11, 2006
yer!
beli baju raya,
sebelum habis dijual..
dan tak ader tailor yang nak buat!
belilah sekarang jugak!!!!
wahahhahah
By
Geek In Pink, at Thursday, May 11, 2006
Its my pleasure... Lyn, thanks to you too. A pleasant day indeed - fm 3pm-12 midnight!... dah lama tau tak balik lambat macam ni (hehehe).
By
Anonymous, at Thursday, May 11, 2006
Ola
Ohlala such nice material...I only have one...
By
Em, at Friday, May 12, 2006
eh, i also kena beli kain juga... tapi kan nak tempah ni yg leceh, cos suhu badan cepat naik dan turun!
By
suga, at Friday, May 19, 2006
eh eh! i hv the same brown kain songket!! belum jahit, but reminds me of hari raya coming again soon... *gulp*
By
Anonymous, at Saturday, May 27, 2006
Post a Comment
<< Home