
Tahukan anda betapa sukarnya untuk bergambar sekeluarga? Bukan kerana tak dapat berkumpul bersama. Tetapi ianya kerana tiada orang kelima untuk menjadi jurugambar. Memanglah digicam aku tu ada self timer, tapi sayangnya tiada kaki untuk dia berdiri. Kalau nak letakkan pat atas benda tinggi tu boleh jugak. Tapi by the time camera dah ready, anak anak pulak yang tak co-operate. Ada ajer yang tak kena.

Kalau nak suruh ahli keluarga yang lain atau kawan tolong petikkan gambar, most to most dia click sekali dua ajer. Mana puas? Aku ni memang lah photogenic, tapi yang lain tu! Mesti ada yang tengok arah lain lah, tutup mata lah, bukak mulut lah. Ada pulak yang nampak gemuk lah, nampak babat lah, nampak jerawat lah. Tak pernah nyer yang perfect. Rasanya macam nak kuar duit sikit ambik gambar pat studio. Haaa... Baru stylo mylo kan? Tapi mesti si suami kata tak perlu. Dia tu part jimat duit nombor satu!
Jadi beginilah ceritanya. Pasal takde orang nak jadi 'sochai' petik kan gambar kita berempat, kita petik lah gambar sendiri. Aku petik gambar kau, kau petik gambar aku. Satu untuk kau, satu untuk aku. Asal kan aku bahagia. Wahahaha.
2 Comments:
Apa nak buat kalau tak ada orang nak ambil gambar. Hehehe. Aku pun tau, kau ni tak habis2 nak ambil gambar. Tapi tak apa. Aku simpati dgn kau kerana tak ada orang nak ambil gambar kau. Tapi kalau kau nak, suruh lah aku. Aku sudi menolong mu.
By
Anonymous, at Monday, June 06, 2005
Apasal tak cakap siang siang? Meh lah, bila awak free? heehee.
By
Anonymous, at Monday, June 06, 2005
Post a Comment
<< Home