Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menonton Anugerah Skrin. Malah saya juga tidak tahu siapakah peserta-peserta rancangan cungkil bakat itu. Tetapi oleh kerana kebosanan, saya telah menonton rancangan itu buat pertama kalinya hari ini pada malam pusingan terakhir.
Saya kagum. Bukan kagum dengan peserta. Bukan kagum dengan pengadil. Juga bukan kagum dengan artis undangan. Tetapi saya kagum dengan hadiahnya. Pemenang akan berpeluang berlakon di dalam filem dan drama-drama keluaran Skop Production. Bukankah itu hadiah yang lumayan? Sedangkan mereka yang sudah bergelar pelakon pun ada yang masih tidak berpeluang ke Malaysia. Apa lagi untuk berlakon dalam terbitan Skop Production.
Saya sungguh gembira kerana Nurhuda telah memenangi tempat pertama. Walaupun saya mengharapkan Shah Iskandar untuk menang di samping Nurhuda, tetapi beliau gagal dan ternyata M.Shahril yang telah mendapat lebih undian. Pada pendapat saya, Shah lebih layak berlakon watak utama di dalam filem berdasarkan cinta. Tidak dinafikan, beliau kacak dan wajahnya dapat menawan penonton. Lakonannya memainkan watak Awie dalam filem Sembilu begitu menarik perhatian saya. Dan jika beliau dipadankan dengan Nurhuda, saya rasa filem itu akan laris. Mungkin tidak selaris filem lakonan Erra Fazira tetapi itulah yang peminat harapkan.
Walau bagaimana pun, saya, seperti penonton-penonton yang lain, akan sabar menantikan berita selanjutnya menjelang kemenangan mereka. Congratulations to the winners!
(Cheh, macam lah diorang tu baca blog aku!)
Speaking of Sembilu, apa kah cerita di sebalik penceraian Erra/Yusry? Siapa tahu, sila bagitahu. Terima kasih.
On another news, my sayang Olympus digicam, hadiah hari lahir ku yang lalu oleh suamiku tersayang, camera yang aku tunggu punya tunggu untuk dapat, yang kini sedang berada di Boston America, walaupun ketika itu aku berat untuk melepaskannya pergi merantau jauh, telah jatuh terhempas. Aku sungguh marah. Sekarang the zoomed lens tak boleh tutup. Aku marah. Tapi aku sabar. Tak guna marah marah sekarang.
KANG DIA BALIK HARI AHAD NI SIAP DIA!!!
Sekian. Harap maklum.
Walau bagaimana pun, saya, seperti penonton-penonton yang lain, akan sabar menantikan berita selanjutnya menjelang kemenangan mereka. Congratulations to the winners!
(Cheh, macam lah diorang tu baca blog aku!)
On another news, my sayang Olympus digicam, hadiah hari lahir ku yang lalu oleh suamiku tersayang, camera yang aku tunggu punya tunggu untuk dapat, yang kini sedang berada di Boston America, walaupun ketika itu aku berat untuk melepaskannya pergi merantau jauh, telah jatuh terhempas. Aku sungguh marah. Sekarang the zoomed lens tak boleh tutup. Aku marah. Tapi aku sabar. Tak guna marah marah sekarang.
KANG DIA BALIK HARI AHAD NI SIAP DIA!!!
Sekian. Harap maklum.
posted by Lynn | You wanna say something?
4 Comments:
tu lah baik baik ade olympus tu pu amik digicam lain kan .. gatal kan.. now u have a reason to use the new one hheheheheeh
*melepas chan aku nak bergambar glamer glamer lagi depan olympus tu*
By
shsuya, at Tuesday, June 20, 2006
Memang Shah tu ada rupa tapi in terms of talent, I rasa memang wajar Sharil yang menang. Kalau kita asyik nak cari hensem aje. apa nak jadi dengan pelakon yang kurang looks, nak kena act jadi samseng aje ke? Atau orang suruhan, pembantu, pekebun, etc. Memanglah in terms of commercial value, pembikin filem mesti nak make money and use all the pretty faces. Kesian jugak kalau dipikirkan nasib pelakon less hensem atau jambu.
Alamak!Don't tell me this Sunday tercetusnya Perang Dunia Ketiga pulak nanti gara-gara digicam...issh...ngerinya...
By
Yara, at Tuesday, June 20, 2006
Sungguh kagum saya membaca penulisan awak di sini.Amat berbesar hati saya apabila awak menulis dengan cara penuh kemelayuan.Teruskan la penulisan kemelayuan awak ini ye kerana saya suka membacanya ;P
Eh camera awak jatuh di amerika syarikat?ish ish ish habisla laki awak dikerjakan oleh awak apabila dia balik hari ahad ini...Jangan lupa mengupdate ye pasal kekecohan hari ahad ini!
HAHAHAHAHAHAHAH ;p
By
mrs malique, at Tuesday, June 20, 2006
Daddy says, "Saya tidak kagum dengan hadiah Tonik Pinggang untuk pemenang2. Menang AS dapat Tonik Pinggang?? Ape seh .... !!"
On another note, ooooohhhhhh!!! Camera broken. Jialat liau!!! Uncle's gonna get it! Haha!!
By
Anonymous, at Wednesday, June 21, 2006
Post a Comment
<< Home